Thursday 25 May 2017

kyra

Cintailah ISTERIMU Sepenuh Hati, Maka REZEKI PASTI Akan Menyintaimu


Kisah melancarkan rezeki ini saya dapat tanpa sengaja. Beberapa tahun yang lalu, sekitar tahun 1994-an apabila saya berangkat kuliah, saya bertemu dengan orang yang memberikan wejangan ini. 




Hari itu saya tergesa-gesa berangkat ke tempat kuliah, maklum hari itu saya agak terlambat padahal hari itu mata kuliah kegemaran saya. Saat hujan turun tiba-tiba, saya baru sedar bahawa lupa membawa payung, akhirnya berteduhlah saya di sudut sebuah warung.

Di tempat itu saya berkenalan dengan seorang yang sangat baik, dia seorang menantu kyai pemilik pondok pesantren. Perbualan kami tambah seru saat menginjak materi rezeki bagi manusia. Pekerjaan dia adalah pekerjaan serabutan. Dia tidak mempunyai pekerjaan tetap, tetapi dia bersyukur mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarganya dengan baik. Sandang, pangan, dan perhiasan untuk istrinya selalu tercukupi tanpa kekurangan. Itulah misteri rezeki mas, Kata orang itu pada saya. Apabila saya tanya apa rahsianya rezeki dia selalu berlimpah, jawapan dia terletak pada selalu bersyukur, dan yang paling penting jangan pernah sedikitpun menyakiti atau membuat kecewa isteri. Itu wejangan yang selalu diberikan oleh mertua saya, dan saya membuktikan sendiri sampai sekarang, kata orang itu dengan wajah serius.


Dengan selalu bersyukur, bahkan saat terkena musibah sekalipun, kenikmatan yang akan kita terima akan ditambah oleh Allah. Itu janji Allah, bukan main-main mas, kata orang itu. Janji Allah tentang umatnya yang mau bersyukur memang sering kita dengar dalam pelbagai khutbah atau ceramah agama.

Jika kita mahu mengira berapa nikmat yang diberikan Allah pada kita, pasti tidak akan pernah habis. Itulah gambaran rasa syukur yang harus kita ungkapkan, tapi kadang-kadang banyak manusia yang lupa mensyukuri nikmat tersebut.Kemudian jangan sakiti istrikita. Inilah titik yang saya pegang terus sampai sekarang.

Pekerjaan seorang isteri adalah pekerjaan terberat dalam keluarga. Seorang isteri harus selalu melayani suami, melahirkan dengan taruhan nyawa.Membesarkan anak dengan susah payah, terkadang rela mengorbankan waktunya agar anaknya boleh tumbuh sihat dan berbagai pengorbanan yang tak terhitung saat harus berusaha menghadapi serta melayani keperluan suami dan anak-anaknya.Dengan melihat beratnya tugas sang istri di atas, sanggupkah anda menyakiti isteri anda?

Menurut orang yang saya kenal tersebut, banyak tidaknya rezeki yang dia terima terkadang bergantung pada perlakuannya pada sang istri. Apabila dia keluar rumah mencari sesuap nasi dengan niat membahagiakan istrinya (saat itu dia belum punya anak), rezeki yang dia terima hari itu pasti banyak. Sebaliknya jika saat berangkat mencari nafkah dia sebelumnya menyakiti hati isterinya, kadang-kadang dia tidak mendapat hasil apa-apa jua yang boleh dibawa pulang.


Kisah di atas mungkin terkesan dibuat-buat, tetapi saya baru sedar dan merasakan sendiri apabila saya sudah berkeluarga. Apa yang saya alami sama persis dengan yang dialami orang yang saya kenal beberapa tahun yang lalu tersebut.Isteri memang mempunyai peranan sangat besar dalam mendatangkan rezeki bagi kita. Mungkin doa istri mempunyai kekuatan yang dahsyat bagi sebuah keluarga. Pesan saya, jangan pernah sedikitpun menyakiti hati isteri kita jika ingin rezeki kita melimpah. Semoga kisah ini berguna bagi kita semua.



loading...

Read More
kyra

Kelebihan Memberi Makanan Kepada Islam Yang Berpuasa



Bulan Ramadhan yang dinantikan ini tiba lagi menjadi tetamu kita.
Persoalannya, sudah kah kita bersedia untuk menjadi tetamu teristimewa pada bulan Ramadhan ini?
Apa pun, bersyukur kita ke Hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk kita melakukan ibadah di bulan Ramadhan kali ini.




loading...

Read More
kyra

Hukum Puasa Ramadhan & Peringatan Untuk Mereka Yang Sengaja Membatalkan Puasa



Alhamdulillah, kita masih diberi rezeki menghirup udara di bumi Allah ini.
Dan bulan yang amat dinantikan telah kunjung tiba. Bulan Ramadhan, bulan penuh rahmat, bulan yang amat dirindukan oleh para muslimin dan muslimat.



loading...

Read More

Monday 22 May 2017

kyra

Tips Ramping Menjelang Syawal Tanpa Ubat Kurus



"Plank" adalah salah satu senaman  yang cepat membakar lemak dan ianya mudah dilakukan. "Plank" sangat banyak kelebihan.

Gambar di bawah menunjukkan cara melakukan plank dengan betul. Ianya bole dilakukan dirumah dengan santai.

Pastikan anda melakukan nya dengan disiplin dan konsisten bagi mendapat hasil yang memuaskan dan membakar lemak dengan pantas.



loading...


Read More

Thursday 4 August 2016

kyra

SINOPSIS SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ NOVEL ANUGERAH TERINDAH

Sinopsis Sayangku Kapten Mukhriz Novel Anugerah Terindah. Drama slot akasia yang menggantikan drama Seindah Takdir Cinta bakal ditayangkan pada hari ini 13 julai 2016 pada jam 6:58 petang di TV3. Sebanyak 23 episod bakal ditayangkan dari adaptasi novel Anugerah Terindah.



Sinopsis Sayangku Kapten Mukhriz. Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana – Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan…

-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz

-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana


PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

…. Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya.

Sekian.

I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.

MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala.

“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”

Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab? Ariana… Ariana.

“Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.

“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.

DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati 

Kapten Ustaz Mukhriz…




Sumber : goodreads.com
Read More

Thursday 14 July 2016

kyra

Kongsi Tips Simpan Duit Cara Paksa Rela, Lelaki Berjaya Simpan RM3,700 Dalam Masa 6 Bulan




Ramai mereka diluar sana telah mencuba untuk menyimpan duit, dari duit gaji tetapi ramai tidak berjaya melakukannya.

Pendapat admin sendiri simpan duit ini lebih kepada memerlukan pengorbanan kita untuk berjimat cermat dan berdisiplin, sama konsep dengan 'diet' nak kurus, kalau tidak ada disiplin memang 'kelaut'.

Korbankan masa berjalan, makan angin, shopping dan boros untuk seketika demi mencapai matlamat yang diimpikan contoh, simpan duit untuk berkahwin, bila duit dah cukup, dah kawin bolehlah lakukan seperti sebelum itu semula.

Tapi bukan untuk selamanya kerana hidup masih panjang, simpanan untuk masa tua perlu dilakukan.

Tak salahkan enam bulan sekali makan angin, sebulan shopping dan empat bulan lagi simpan.

Tapi bagaimana nak simpan duit?

Seorang lelaku bernama Mohd Faiz berkongsikan satu tip berkongsepkan 'rela paksa' untuk menyimpan duit yang telah beliau praktikkan di mana dia berjaya menyimpan RM3,700 dalam masa enam bulan.

jom kita baca tips yang dilakukannya.


Idea ni sangat praktikal untuk semua orang.

Ok, first sekali letakkan target duit Nilai berapa yang nak dijadikan SIMPANAN ANDA.

+ Tempoh masa : 10 bulan (Januari Hingga Oktober)
+ Tujuan : Nak pi jalan jalan ke Turki @ Pi Umrah @ nak menikah lagi @ nak bawak mak ayah anak bini pi jalan jalan sabah.(Sekadar contoh)
+ Duit yang dipilih : RM 5 dan RM20

PERATURAN WAJIB :

1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda WAJIB masukkan duit tu dalam TABUNG yang anda dah buat tadi.
2.HARAM MUAKKAD untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20
3.Jika ‘terguna’ sila qada dengan DOUBLE AMOUNT
4.WAJIBKAN pasangan anda buat benda yang sama.
5.If belum menikah, SHARE lah dengan housemate, roomate anda.
6.JANGAN dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG .

Idea ni saya terima dari seorng sepupu saya Naimah Md Ludin .Beliau seorang guru dan suaminya seorng pegawai TM Telekom.
Selepas 6 bulan beliau buat kaedah ini, Hasilnya ,
140 keping RM 20
180 keping RM 5
Total saving secara PAKSA RELA selepas 6 bulan = RM 3700


credit : siakap keli




Read More

Wednesday 13 July 2016

kyra

Inilah Akibat Jika Memakai 'Contact Lens' Tanpa Usul Periksa

 Untuk cantik ada manusia sanggup lakukan apa saja, ada yang sanggup berhabisan beribu ringgit, ada yang sanggup lakukan pembedahan dan ada yang sanggup memasukkan 'benda' palsu dalam badan mereka.

Pernah juga kita dengar, ada mereka meninggal kerana taksub untuk kurus gara-gara sedut lemak, untuk nak cantik tidak salah, tapi jangan 'over' sehingga mendatangkan kesan kepada kita.

Selain itu, pastikan produk atau perkhidmatan yang kita guna itu selamat, diiktiraf dan terbukti, iai bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingin berlaku. Dari hendak cantik terus jadi tak cantik.

Dikongsikan oleh seorang wanita bernama MizDya Nieya, pada tahun lalu di mana dia telah mengalami masalah mata gara-gara selalu memakai  'contact lens'





Read More